Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik susulan perkembangan konflik di Asia Barat kerana bekalan barangan asas mencukupi dan berada dalam keadaan terkawal.
Transcript
00:00Pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik sesulan perkembangan konflik di Asia Barat kerana bekalan barangan asas mencukupi dan berada dalam
00:08keadaan terkawal.
00:09Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarai Hidup KPDN Kuala Lumpur, Muhammad Syahran Muhammad Arsyad berkata, pihak
00:17kementerian akan sentiasa memantau dan menyelia harga barang sepanjang tempoh konflik berkenaan.
00:24Katanya pemantauan bekalan dilaksanakan secara menyeluruh di sebelas kawasan parlimen di Kuala Lumpur bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan.
00:33Beliau berkata, sebanyak 168 pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDN Kuala Lumpur telah digerakkan secara berterusan untuk memantau keberadaan
00:44bekalan dan harga di seluruh ibu negara.
00:47Muhammad Syahran berkata, KPDN Kuala Lumpur turut melantik dan memantau beberapa peruncit terpilih daerah ataupun DDR serta pemborong terpilih daerah
00:57DDW bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa tersedia dan mencukupi di pasaran.
01:05Beliau berkata, kementerian itu juga melaksanakan sesi libat urus dengan syarikat pengeluar minyak bagi memastikan bekalan petrol dan diesel mencukupi
01:14di semua stesen minyak termasuk di laluan utama seperti Lebur Raya dan Pusat Bandar.
01:21Sehubungan dengan itu, beliau menasihati pengguna agar tidak mempercayai atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan awam.
01:30Katanya, orang ramai yang mengesan sebarang masalah berkaitan bekalan barangan keperluan di kawasan masing-masing diminta melaporkannya terus kepada pihak
01:39KPDN Kuala Lumpur untuk tindakan segera.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended