Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Ketegangan global mungkin menunjukkan tanda reda, namun kesan ekonominya tidak hilang serta-merta. Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berpandangan tempoh pemulihan boleh mengambil masa antara tiga hingga lima tahun, menjadikan persediaan awal kunci utama kepada ketahanan ekonomi negara.
Transcript
00:00Proses pemulihan ekonomi dijangka mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun setelah ketegangan global mula mereda.
00:07Mengambil contoh wabak COVID-19, fellow bersekutu kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan,
00:13Universiti Utara Malaysia, Prof. Mardia Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata,
00:18masih ada individu dan industri yang belum mencapai tahap pemulihan sepenuhnya pada ketika ini.
00:26Tambah beliau, situasi ini menuntut kerajaan supaya lebih tegas dan bersedia dalam merancang langkah pelindungan terhadap kelangsungan hidup peniaga,
00:34khususnya PMKS serta kesejahteraan golongan yang lebih terkesan dengan tekanan kos sari hidup.
00:40Keadaan sebenarnya pasca COVID ini, kita sebenarnya ada juga mempunyai kesan pemulihan yang berbentuk K,
00:49tapi bukan K capital letter lah, K huruf kecil.
00:54Sebabnya, contohnya dari segi pengguna, kita punya contohnya simpanan-simpanan yang dikeluarkan melalui EPF itu belum recover lagi sampai sekarang.
01:05Mungkin juga kalau kita lihat dari segi aliran tunai peniaga-peniaga terutamanya PMKS,
01:10kebanyakan mereka pun sebenarnya belum lagi pulih sepenuhnya daripada pandemi COVID-19.
01:15Jadi, dengan adanya lagi keadaan seperti ini dan berterusan lagi tarif yang masih lagi tidak menentu,
01:23semua ini perlu diambil kira oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kita bersedia dalam keadaan yang mana kita sudah pun nampak
01:31bahawa ketidaktentuan ini memang akan berterusan.
01:36Gencatan senjata atau pelerayan konflik mungkin mampu meredakan tekanan semasa.
01:41Namun, proses pemulihan tetap memerlukan tempoh yang panjang dan tidak berlaku dalam masa singkat.
01:46Beliau perpandangan, cabaran Malaysia ketika ini bukan sekadar mengekalkan pertumbuhan ekonomi,
01:51tetapi memastikan rakyat dan peniaga mampu bertahan dalam suasana ketidaktentuan global yang dijangka berlarutan.
Comments

Recommended