Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru kerajaan dan rakyat Malaysia bersatu padu menghadapi krisis tenaga global susulan konflik Asia Barat, dengan menekankan keperluan memperkukuh ekonomi domestik, mempercepat peralihan tenaga alternatif serta meningkatkan kefahaman rakyat melalui komunikasi berkesan.
Transcript
00:00Kerajaan dan rakyat perlu bersatu dalam menghadapi cabaran besar dan kritikal negara
00:05akibat krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.
00:09Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'ezuddin Shah bertitah konflik terjetus antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran
00:16bukan sekadar percaturan politik dan ketenteraan, bahkan membawa kesan besar terhadap kestabilan,
00:23keselamatan serantau, ekonomi dunia dan emosi manusia.
00:30Sultan Nazrin bertitah negara perlu melakukan persiapan segera zahir dan batin
00:34untuk menghadapi kemungkinan krisis global yang berpanjangan
00:37manakala rakyat perlu berganding bahu membantu negara melalui detik yang sukar lagi mencabar ini.
00:44Dalam menghadapi cabaran yang besar ini, di samping usaha-usaha yang dirintis oleh kerajaan,
00:53rakyat turut mempunyai tanggungjawab, menghayati semangat berat sama dipikul.
01:00Gunung sama didaki berganding bahu membantu negara melalui detik yang sukar lagi mencabar
01:08dengan mengamalkan sifat berhemah dan berjimat cermat, membantu mengurangkan penggunaan bahan api,
01:16seterusnya mengurangkan subsidi kerajaan.
01:21Rakyat hendaklah bijak mengamalkan gaya hidup berjimat tenaga melalui penggunaan elektrik yang terkawal,
01:30di samping mengamalkan budaya penjimatan dan mengelakkan pembaziran terutamanya bahan makanan.
01:38Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyampaikan titah diraja sempena istiadat pembukaan rasmi tahun keempat
01:46persidangan Dewan Undangan Negeri Dunperak ke-15 di bangunan Perak Darul Ridwan pada selasa.
01:52Baginda turut menekankan kepentingan pelan komunikasi yang berkesan bagi memberi kefahaman kepada rakyat
01:58mengenai punca, magnetiut serta kesan krisis tersebut terhadap kehidupan harian mereka dalam bahasa yang mudah difahami.
02:05Titah baginda keadaan semasa bukan masa untuk mana-mana pihak menangguk di air keruh
02:11atau mengeksploatasi keadaan bagi tujuan politik yang sempit.
02:16Selain itu, Sultan Nazrin bertitah krisis yang berlaku wajar menjadi loceng amaran
02:21untuk negara merintis langkah proaktif termasuk alternatif kebergantungan kepada bahan api fosil
02:28sebagai penyelesaian jangka panjang.
Comments

Recommended