Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
METMalaysia meramalkan hujan dan ribut petir melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada sebelah petang dan malam Selasa, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor serta beberapa daerah di Sabah dan Sarawak.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia meramalkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dilanda cuaca hujan serta ribut petir pada
00:10sebelah petang dan malam pada selasa.
00:12Menurut Jabatan Kaji Cuaca itu, dalam satu kenyataan, ramalan yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan beberapa buah negeri di Semenanjung
00:20akan dilanda cuaca tersebut, namun tiada rekod diramalkan melanda di kawasan negeri Kelantan dan juga Terengganu.
00:26Di Semenanjung, ribut petir dijangka melanda kawasan Pulau Pinang, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur
00:36dan Putrajaya.
00:37Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sabah, termasuk kawasan daerah pedalaman dan hujan di beberapa
00:45tempat di Pantai Barat dan Tawau.
00:47Manakala di Sarawak, ribut petir diramalkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betung, Sarike, Sibu, Mukah dan Kapit.
00:57Bagi kawasan Bintulu, Miri dan Limbang, tiada ramalan hujan atau ribut petir direkodkan.
01:03Sebuangan itu, Med Malaysia menggesa agar orang ramai yang ingin mendapatkan ramalan cuaca semasa boleh melayari laman web rasmi jabatan
01:10itu di www.med.gov.my.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended