00:00Pinjam dahulu, kemudian lari. Itu taktik seorang lelaki yang melarikan telefon bimbit milik seorang pekerja kedai makanan di sebuah pusat
00:08beli-belah di Setia Alam, ahad lalu.
00:11Menurut Ketua Polis Daerah Syah Alam, SCP Ramsey M. Bol, pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita berusia 20an pada hari
00:18yang sama.
00:21Katanya semasa kejadian, mangsa didatangi suspek yang bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa.
00:28Suspek difahamkan kononnya ingin membuat semakan pekerja di premis cawangan kedai makanan tersebut.
00:35Suspek kemudian memulakan taktiknya dengan meminjam telefon bimbit milik mangsa dengan tujuan membuat catatan berkaitan semakan berkenaan.
00:44Mangsa kemudian menyerahkan telefonnya kepada suspek sebelum suspek lelaki tersebut menghilangkan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.
00:52Sehubungan itu, polis sedang giat memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
01:00Ramsey turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai individu yang tidak dikenali dan menggesa supaya orang
01:10ramai sentiasa peka terhadap taktik penyamaran yang sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
01:15Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada penolong pegawai penyiasat Sarjan Ahmad Syahir Koyum Arif di
01:25talian 011-166-218-16 atau IPD Syak Alam di talian 03-5520-2222.
Comments