Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas.
Transcript
00:00Baik, lagi perkembangan konflik Asia Barat selepas ini.
00:05Seterusnya, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan
00:13tempat letak kereta sebuah surau di Taman Universiti Sekudai.
00:16Sabtu lepas, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, SCP Radin Ramlan Radin Taha berkata kedua-dua suspek warga tempatan masing
00:25-masing berumur 18 dan 19 tahun itu ditahan di kawasan Taman Universiti kira-kira 2.15 pagi tadi oleh sepasukan
00:32polis dari bahagian siasatan jenayah daerah Johor Bahru Utara.
00:38Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka
00:47didapati negatif.
00:49Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman.
00:56Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkannya yang memperuntukkan hukuman
01:06penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
01:12Pada Isnin, media melaporkan seorang bayi perempuan ditemukan masa hidup dalam keadaan berbalut tuala serta masih bertali pusat di kawasan
01:21tempat letak kereta sebuah masjid di lokasi berkenaan.
01:24Radin Ramlan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.33 malam daripada seorang saksi yang terdengar tangisan
01:34bayi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Comments

Recommended