Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Penganalisis automotif mengingatkan manfaat kenderaan elektrik tidak terjamin jika tarif elektrik meningkat. Kerajaan disaran jelaskan dasar tenaga negara agar peralihan EV tidak sekadar memindahkan beban kos kepada pengguna.
Transcript
00:00Peralihan kepada kenderaan elektrik atau EV di Malaysia semakin rancak, namun isu lebih besar yang timbul ialah ketidaktentuan haletuju sumber
00:08tenaga negara yang boleh menjejaskan manfaat sebenar kepada pengguna.
00:12Walaupun ramai melihat EV sebagai pilihan lebih menjimatkan berikutan kos elektrik yang lebih stabil berbanding bahan api fosil, kelebihan itu
00:20disifatkan tidak terjamin dalam jangka panjang.
00:23Menurut penganalisis industri otomotif Hazri Samsuri, tren peningkatan pembelian EV ketika ini turut dipacu oleh pengguna yang berkemampuan serta pelabur
00:33yang melihat potensi masa depan teknologi tersebut.
00:37Tambah beliau, sebarang kenaikan tarif elektrik bukan sahaja memberi kesan kepada pemilik EV, malah turut membebankan pengguna secara keseluruhan kerana
00:47penggunaan elektrik yang tinggi dalam kehidupan harian.
00:50Tetapi yang ini ialah satu benda yang penting yang saya rasa negara kita kena kaji betul-betul.
00:55Sekiranya sekarang ini kita ada influx of EV purchase, ramai orang nak bertukar kepada kereta EV sebab memang harga tenaga
01:03elektrik jauh lebih stabil daripada harga bahan api fosil.
01:06Itu memang daripada dulu lagi kita tahu. Tetapi punca tenaga elektrik kita datang daripada mana dan sekarang ini pun tenaga
01:13elektrik kita pun menerima subsidi juga.
01:15cuma kita tak nampak. Sekiranya tenaga elektrik kita masih bergantung kepada bahan bakar daripada luar yang memang itu yang terjadi
01:24sekarang,
01:26tak mustahil kalau harga elektrik juga akan naik. Dan bila harga elektrik naik, ini membebankan lebih ramai orang kerana rumah
01:35kita sendiri pun kita guna banyak benda-benda elektrik.
01:37Bil rumah untuk elektrik, bil elektrik untuk rumah pun bukan calang-calang sekarang naik. So, saya rasa kita boleh gunakan
01:44zaman ini untuk beralih kepada punca tenaga yang lain,
01:49terutama daripada segi perangkutan. Tetapi dalam masa yang sama juga, kita kena lihat hala tuju tenaga kita.
01:56kat mana kita nak gunakan, daripada mana kita nak hasilkan tenaga. Adakah masih kekal dengan arah batu, dengan gas, ataupun
02:04kita nak pergi ke nuklear ke apa.
02:06Sampai sekarang ini, saya rasa Malaysia masih lagi tak tunjukkan ke arah mana mereka nak pergi.
02:13Sehubungan itu, Hezri menegaskan keperluan untuk kerajaan memperjelaskan hala tuju tenaga negara, termasuk menentukan sama ada terus bergantung kepada bahan
02:23api fosil
02:24atau beralih kepada sumber alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui atau nuklear.
02:29Jelas beliau, tanpa dasar tenaga yang kukuh dan mampan, peralihan kepada EV berisiko hanya mengalihkan beban kos daripada petrol kepada
02:38bil elektrik
02:39tanpa memberikan penjimatan sebenar kepada rakyat. Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi.
Comments

Recommended