Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Negara perlu memberi perhatian lebih serius kepada keselamatan tenaga dan makanan, termasuk memperbaharui dasar sedia ada agar lebih menyeluruh, tidak ketinggalan zaman dan mampu menangani cabaran semasa.
Transcript
00:00Isu keselamatan tenaga dan makanan perlu diberi keutamaan lebih menyeluruh dalam strategi jangka masa panjang negara, bukan hanya sebagai reaksi
00:09ketika krisis.
00:10Menurut penasihat penelidik Ghazanah Research Institute KRI, Prof. Emeritus Dr. Jomo Wamisundaram, perkembangan konflik global serta pengalaman terdahulu menunjukkan bahawa
00:21kedua-dua aspek ini sering dipandang secara berasingan sedangkan kesannya saling berkait rapat terhadap kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
00:32Kita dapati bahawa usaha untuk memastikan keselamatan apa yang dikatakan tenaga dan keselamatan makanan itu cukup penting.
00:47Selama ini kita seolah-olah mengabaikan ataupun dari segi keselamatan makanan kita hanya mementingkan ada cukup beras.
00:58Sedangkan misalnya sayuran dan sebagainya kurang diutamakan dan kita harus mempunyai satu dasar makanan dan pertanian yang tidak ketinggalan zaman
01:17daripada dasar-dasar penjajah British dulu.
01:21Yang berjajah British memang tidak mahu Malaya pada waktu itu mengimport beras.
01:30Kerana dia nak maksimumkan mata wang asing yang dikeluarkan daripada timah dan getah pada zaman dulu dan dia tidak mahu
01:43gunakan mata wang asing untuk mengimport beras.
01:47Apalagi daripada Siam, daripada negeri Thai.
01:51Selain itu, isu keselamatan makanan juga berkait rapat dengan aspek kesihatan awam dan kelestiran alam sekitar, menjadikannya satu agenda yang
02:00memerlukan pendekatan menyeluruh merentas sektor.
02:03Katanya pengalaman ketika pandemik COVID-19 menunjukkan bahawa pendekatan bersepadu melibatkan seluruh masyarakat dan jentera kerajaan mampu dilaksanakan dalam situasi
02:12krisis.
02:13Namun kesinambungan usaha tersebut dilihat semakin berkurangan selepas krisis berakhir.
02:19Sehubungan itu, pendekatan dasar yang konsisten dan berterusan amat diperlukan bagi memastikan keselamatan tenaga dan makanan tidak lagi dilihat sebagai
02:27isu bermusim, tetapi sebagai asas penting kepada ketahanan ekonomi negara dalam jangka panjang.
Comments

Recommended