00:07Selepas lebih 19 tahun menempuh sebuah perjalanan dari awal penubuhan sehingga kekedudukan hari ini sebagai jenama berita paling dipercayai di
00:17Malaysia,
00:18Ashwat Ismail mengumumkan pengunduran sebagai ketua pengarang Astro Awani.
00:23Ashwat merupakan antara individu terawal yang terlibat dalam penubuhan Astro Awani pada 2007.
00:28Dan sepanjang lima tahun kebelakangan ini, beliau diberi kepercayaan untuk menerajui Astro Awani dalam fasa paling mencabar dan transformatif industri
00:38media.
00:41Dalam satu kenyataan, Ashwat menegaskan Astro Awani bukan sekadar tempat kerja, sebaliknya satu tanggungjawab besar dalam membentuk haletuju editorial dan
00:52budaya institusi kewartawanan yang dipercayai.
00:55Di bawah kepimpinannya, Astro Awani merekodkan pelbagai pencapaian penting termasuk pengukuhan tabir urus editorial dan etika bilik berita,
01:05pemerkasaan model komersial serta transformasi digital merentasi pelbagai platform selain memposisikan organisasi sebagai rujukan serantau dalam kewartawanan era kecedasan buatan.
01:18Beliau mengakui keputusan untuk berundur bukan sesuatu yang mudah, namun dibuat pada ketika organisasi berada dalam keadaan kukuh dari segi
01:28editorial dan komersial,
01:30selaras dengan keperluan memberi ruang kepada pembaharuan kepimpinan.
01:34Ashwat turut merakamkan penghargaan kepada penonton, warga bilik berita, pasukan produksi, rakan strategik serta Astro Group atas sokongan dan kepercayaan
01:45sepanjang hampir dua dekad perjalanan organisasi itu.
01:49Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap barisan kepimpinan dan pasukan editorial yang akan meneruskan legasi Astro Awani sebagai sebuah institusi kewartawanan
01:59yang berteraskan rakyat, teknologi dan nilai kemanusiaan.
Comments