Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Filem One Battle After Another muncul sebagai pemenang utama Anugerah Filem BAFTA 2026 di London apabila meraih anugerah Filem Terbaik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya paling berpengaruh tahun ini.
Transcript
00:00Film One Battle After Another muncul sebagai pemenang utama pada anugerah film BAFTA 2026 yang berlangsung di London pada ahad
00:09apabila dinobatkan sebagai film terbaik.
00:12Film itu sekaligus mendominasi beberapa kategori utama pada malam anugerah berprestij itu.
00:20Karya arahan Paul Thomas Anderson itu turut membawa pulang anugerah pengarah terbaik, skrip adaptasi terbaik serta sinematografi terbaik mengukuhkan kedudukannya
00:30sebagai film paling menonjol tahun ini dalam industri perfileman Britain dan antarabangsa.
00:35One Battle After Another ialah sebuah drama epik berunsur psikologi dan politik yang mengangkat tema trauma berpanjangan, konflik kuasa serta
00:43kesan peperangan terhadap kehidupan manusia.
00:46Naratif film ini memfokuskan perjuangan watak utama yang terperangkap dalam siri pertempuran berlapis bukan sahaja di medan fizikal tetapi juga
00:54konflik dalaman hubungan peribadi dan persoalan moral yang berpanjangan.
00:58Film ini dibintangi Robert Arameo sebagai watak utama lelaki manakala Sean Penn mencuri perhatian menerusi lakonan pembantu yang berintensiti tinggi
01:08sehingga melayakkannya memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik BAFTA 2026.
01:13Dalam kategori lakonan utama lain, anugerah pelakon lelaki terbaik dimenangi oleh Robert Arameo menerusi film Icewear manakala pelakon wanita terbaik
01:22menjadi milik Jesse Buckley hasil persembahan mantapnya dalam film Hamnet.
01:27Kejayaan besar One Battle After Another di BAFTA 2026 dilihat sebagai pengiktirafan menyeluruh terhadap kekuatan penceritaan, pengarahan berwibawa serta mutu
01:37teknikal tinggi.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended