00:00Kedutaan Amerika Syarikat di Meksiko pada ahad menggesa rakyat negara itu supaya mendapatkan perlindungan dan menghadkan pergerakan.
00:08Di beberapa negeri Meksiko, susulan kematian ketua kartel dadah terkenal dalam satu operasi ketenteraan.
00:15Pegawai Meksiko mengesahkan Nemesio Oseguero yang lebih dikenali sebagai El Mencho terbunuh dalam satu serbuan ketenteraan
00:23ketika kerajaan Meksiko meningkatkan tekanan terhadap kumpulan kartel, susulan ancaman campur tangan oleh Amerika Syarikat.
00:32Menurut Kementerian Pertahanan Meksiko, satu insiden tembak-menembak di negeri barat Jalisco menyebabkan Oseguero cedera parah
00:40sebelum disahkan meninggal dunia ketika dipindahkan melalui udara ke Meksiko City.
00:45Ketenteraan itu turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menyalurkan maklumat sokongan berkaitan operasi berkenaan.
00:52Susulan sebuan itu beberapa negeri dilaporkan berdepan gelombang keganasan termasuk kenderaan dibakar dan sekatan lebuh raya oleh kumpulan bersenjata di
01:01lebih enam wilayah.
01:03Pembunahan ketua kartel itu disifatkan sebagai satu kejayaan besar dalam Perang Meksiko menentang sindiket dadah yang bertanggungjawab menyeluduk berbilion dolar
01:11nilai kokin dan fentanyl ke Amerika Syarikat.
01:14Bagaimanapun, penanalisis memberi amaran, tindakan tersebut berpotensi mencetuskan keganasan balas yang lebih meluas di seluruh Meksiko.
01:22Operasi ketenteraan itu berlaku ketika mana pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Meksiko,
01:30pimpinan Presiden Meksiko Claudia Shinbaum supaya bertindak lebih tegas membantras penyeludupan dadah termasuk ancaman campur tangan secara langsung oleh Washington.
01:39Terima kasih kerana menonton!
01:39Terima kasih kerana menonton!
Comments