Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran dan Amerika Syarikat dijadual mengadakan pusingan ketiga rundingan nuklear pada Khamis ini di Geneva, menurut Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi, di tengah kebimbangan meningkat terhadap risiko konflik ketenteraan antara kedua-dua negara.
Transcript
00:00Seterusnya, Iran dan Amerika Syarikat dijadual mengadakan pusingan ketiga rundingan nuklear pada Khamis ini di Geneva.
00:07Perkara itu disahkan Menteri Luar Oman, Bada Al-Busaidi, di tengah-tengah kebimbangan meningkat terhadap risiko konflik ketenteraan antara kedua
00:16-dua negara.
00:19Bada yang bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan tidak langsung antara Washington dan Tehran berkata perbincangan itu akan diteruskan dengan
00:27dorongan positif ke arah memuktamadkan perjanjian.
00:31Amerika Syarikat sebelum ini meningkatkan kehadiran tenteranya di Asia Barat dengan Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa perkara yang sangat
00:39buruk akan berlaku sekiranya tiada perjanjian dicapai bagi menyelesaikan pertikaian berhubung program nuklear Tehran.
00:47Washington turut berusaha mempeluas skop rundingan meliputi program peluru berpandu Iran dan sokongan terhadap kumpulan bersenjata serantau.
00:55Tehran secara terbuka menolak perkara itu namun sumber menyatakan isu sokongan terhadap kumpulan bersenjata mungkin masih boleh dirunding berbeza dengan
01:04program peluru berpandu yang dianggap garis merah.
01:07Isu mekanisme dan skop pelonggaran sekatan ekonomi juga kekal menjadi titik pertikaian dengan pegawai kanan Iran memaklumkan kedua-dua pihak
01:16masih mempunyai perbezaan pandangan.
01:18Terima kasih telah menonton!
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended