00:00Wakil perdagangan AS, USTR, Jamison Greer, memaklumkan setakat ini tiada mana-mana negara yang telah mencapai perjanjian perdagangan dengan Washington
00:10menyatakan hasrat untuk menarik diri susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan sebagian besar program tarif Presiden Donald Trump.
00:19Dalam wawancara bersama program Face the Nation terbitan CBS News, Greer berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya
00:28dari Kesatuan Eropah dan dijadual mengadakan perbincangan dengan pegawai dari negara lain.
00:34Pada Jumaat, Trump mengenakan tarif sementara 10% selepas Mahkamah Agung membatalkan program tarif terdahulu yang berasaskan Undang-Undang Darurat
00:44Ekonomi.
00:45Beliau turut mengarahkan siasatan baru di bawah peruntukan undang-undang lain yang berpotensi membawa kepada tarif tambahan ke atas rakan
00:53dagang utama.
00:53Sehari kemudian, kadar tarif sementara itu dinaikkan kepada 15% iaitu had maksimum yang dibenarkan di bawah Undang-Undang Berkenaan.
01:04Dalam wawancara berasingan bersama program This Week terbitan ABC News, Greer berkata,
01:11pentadbiran Trump akan membina semula dasar perdagangan menggunakan instrumen undang-undang lain termasuk Seksyen 301 berkaitan amalan tidak adil dan
01:21Seksyen 232 yang sebelum ini melepasi cabaran Undang-Undang.
01:25Greer turut memaklumkan keputusan mahkamah dan perubahan tarif tidak dijangka menjejaskan pertemuan dirancang antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping,
01:35pada hujung Mac ini.
Comments