Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit serta isu berkaitan penyakit talasemia antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Transcript
00:00Kesiap siagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit serta isu berkaitan penyakit thalassemia antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat
00:11hari ini.
00:11Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, Chong Zemin PH Kampar meminta Menteri Kesihatan menyatakan tahap kesiap siagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan
00:21penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung serta peruntukan khusus untuk pencegahan awal pada sesi soal jawab.
00:32Datuk Dr. Amayunus Hairi PN Kuala Langat pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah terkini pesakit thalassemia di negara ini dan
00:40kos yang diperlukan bagi merawat seorang pesakit dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun.
00:46Selain ingin tahu, sama ada kerajaan akan membangunkan kaedah rawatan jin terapi untuk pesakit.
00:52Pada sesi sama, Syarizan Johan PH Bangi bertanya kepada Menteri Pengangkutan mengenai sama ada waktu puncak perkhidmatan rapid rail akan
01:00diubah bersempena dengan Ramadan yang melihat perubahan pola pergerakan dan waktu puncak baru yang akan ditetapkan.
01:07Selain itu, Datuk Dr. Richard Rapu GPS Betong minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bagaimana rangka kerja Malaysia
01:17Care Economy dan Plan Tindakan 2026-2030 menangani jurang akses, kualiti dan tenaga kerja penjagaan bagi warga emas, kanak-kanak
01:27dan orang kurang upaya OKU selain ingin tahu mengenai sasaran, peruntukan dan indikator prestasi khusus bagi tempoh berkenaan.
01:37Selesai sesi soal jawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi dijadualkan membentangkan rang Undang-Undang RUU
01:47Perlembagaan, Pindaan No. 1 serta RUU Perlembagaan, Pindaan No. 2, 2026.
01:53Manakala Menteri Kewangan akan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan 2025-2026 masing-masing bagi bacaan kali pertama.
02:02Turut tersenarai, RUU Pemberian mengikut Bilangan Orang 2026 oleh Menteri Kewangan bagi bacaan kali kedua sebelum Menteri di Jabatan Perdana
02:11Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi membentangkan usul mengenai laporan Ketua Audit Negara, LKAN 1 Palang 2026.
02:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended