Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan menahan 28 pendatang tanpa izin dalam Ops Serkap yang dijalankan di beberapa lokasi di daerah Kota Bharu, Jumaat lepas.
Transcript
00:00Jabatan Imigresen Jim Kelantan menahan 28 pendatang tanpa izin dalam Ops Serkap yang dijalankan di beberapa lokasi di daerah Kota
00:09Baru Jumat lepas.
00:10Timbalan pengarah Jim Kelantan, Nik Akhtarul Haq Nik Abdul Rahman berkata, operasi di kawasan parkir sebuah hotel di Jalan Kuala
00:19Kerai, Mukim Padang Enggang serta di Wakaf Cek Yeh bermula kira-kira 7 pagi itu disertai 11 pegawai penguatkuasa.
00:30Beliau berkata pasukan Serbuan telah memantau beberapa kenderaan mewah dipercayai digunakan untuk mengangkut pendatang tanpa izin ke luar Kelantan sebelum
00:38menyerbu dan membuat halangan di laluan masuk serta keluar kawasan parkir hotel itu.
00:43Terdapat beberapa pendatang tanpa izin dan pemandu kenderaan cuba melarikan diri namun mereka berjaya ditahan.
00:49Nik Akhtarul Haq berkata kesemua pendatang tanpa izin ditahan itu membabitkan 20 warga Myanmar terdiri daripada 12 wanita dan 8
00:58lelaki berumur antara 17 hingga 40 tahun.
01:01Beliau berkata mereka mengaku baru memasuki negara ini melalui jalan laut tidak diwartakan manakala seorang lelaki warga Myanmar berumur 31
01:09tahun dipercayai sebagai perancang utama turut ditahan.
01:13Hasil pemeriksaan lanjut dengan bantuan pihak hotel, pasukan Serbuan menahan 5 lagi lelaki warga Myanmar berumur 25 hingga 36 tahun
01:21serta 2 lelaki warga Cina berumur 32 tahun.
01:25Katanya kesemua lelaki terbabit mengaku sedang menunggu ejen untuk membawa mereka menyeberang sempadan bagi pulang ke negara asal.
01:32Beliau berkata pendatang tanpa izin dan empat kereta iaitu Proton X90, Honda Charvey, Nissan Serena dan Perdua Arus dibawa ke
01:41Pejabat Imigresi Kelantan untuk siasatan lanjut dengan 27 daripada individu itu disiasat di bawah Seksyen 6-1-C Akta Imigresi
01:491959-1963.
01:52Manakala seorang lelaki mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemberdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migren 2007.
Comments

Recommended