Skip to playerSkip to main content
  • 47 minutes ago
Sekurang‑kurangnya 50 penduduk terbunuh dan beberapa wanita serta kanak‑kanak diculik selepas kumpulan lelaki bersenjata menyerang Kampung Tungan Dutse di Zamfara, Nigeria. Seorang penduduk, Mohammad Lawali, menceritakan bagaimana rumah dibakar dan mangsa hangus hidup‑hidup.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali 50 orang terbunuh manakala beberapa wanita serta kanak-kanak dicolik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menyerang sebuah kampung
00:09di negeri Zamfara, Barat Laut Nigeria pada Jumaat.
00:12Wakil rakyat di daerah berkenaan Hamisua E. Faru memaklumkan kumpulan itu menceroboh kampung Tungan Dutse kira-kira jam 5 petang
00:21Kamis sehingga sekitar 3.30 pagi Jumaat sebelum membakar bangunan dan melepaskan tembakan ke arah penduduk yang cuba melarikan diri.
00:31Seorang penduduk bernama Muhammad Lawali menjadi saksi kepada seluruh kejadian menyedihkan itu.
01:01Menurut ketua masyarakat dan pegawai kerajaan tempatan ketika ini proses bancian sedang dijalankan bagi mengesahkan jumlah keseluruhan mangsa yang hilang.
01:12Difahamkan sehari sebelum kejadian beberapa penduduk telah menghubungi pasukan keselamatan dan pihak berkuasa selepas melihat lebih 150 motosikal membawa lelaki
01:22bersenjata memasuki kawasan tersebut.
01:25Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, serangan kumpulan yang digelar penjenayah bersenjata semakin meningkat termasuk serangan ganas, penculikan untuk mendapatkan wang
01:35tebusan dan kejadian memaksa penduduk meninggalkan kampung halaman mereka.
01:41Untuk rekod, isu keselamatan semakin meruncing di Nigeria dengan kerajaan berdepan tekanan untuk mengembalikan kestabilan negara itu.
Comments

Recommended