00:00Dalam perkembangan sama, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Amina Maimuna
00:09Iskandariah
00:10menzahirkan dukacita serta simpati atas pemergian anggota tentera, trupa K. Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lalu.
00:18Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang
00:24dan berharap agar mereka tabah serta sabar menghadapi ujian yang amat berat itu.
00:33Baginda berdua juga berharap keluarga mendiang terus cekal dan bersatu hati
00:38serta menyerahkan segala urusan kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
00:45Sultan Pahang dan Tengku Ampuan turut menzahirkan penghargaan atas hikmat bakti mendiang
00:51kepada negara serta berharap keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketenangan
00:56dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
01:01Indiran 22 tahun yang sedang mengikuti kursus kru armer di Kamp Batu Sepuluh di sini
01:07ditemukan tidak sedarkan diri pada 18 Februari sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, HTAA
01:14dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.
01:18Mendiang yang juga anak sulung daripada empat beradik itu
01:22telah dikebumikan di Tanah Pekuburan India Batu Lancang, Pulau Pinang
01:26bersebelahan pusara bapanya, juruterbang Tentera Udara di Raja Malaysia TUDM Major C. Kayambu
01:33yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft B-200T pada 2016.
01:38Terima kasih kerana menonton!
01:38Terima kasih kerana menonton!
01:40Terima kasih kerana menonton!
01:41Terima kasih kerana menonton!
Comments