Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Prestasi kewangan syarikat dan sokongan makroekonomi terus mengukuhkan pasaran, dengan sektor perbankan dijangka kekal mantap menjelang separuh pertama 2026. Pelabur turut menunggu data keyakinan pengguna AS minggu depan.
Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan melepasi para 1770 yang didorong penyertaan pelabur yang lebih aktif menjelang musim pelaporan
00:10prestasi kewangan syarikat.
00:12Menurut pengarah dan penganalisis strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA sendiri yang berhad, Mohd Siddiq Jantan berkata,
00:20prestasi kewangan syarikat yang akan diumumkan dijangka menjadi penanda aras penting terhadap daya tahan pendapatan pada peringkat indeks.
00:31Ia juga bakal mengukuhkan lagi kedudukan sektor perbankan sebagai segmen paling mantap dari segi struktur menjelang separuh pertama 2026.
00:40Katanya pada asasnya, sektor perbankan Malaysia terus menerima manfaat daripada persekitaran makro, kewangan yang menyokong.
00:48Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK meningkat kepada 6.3% pada suku keempat 2025,
00:55manakala inflasi kekal sederhana menawarkan persekitaran ekonomi yang stabil untuk pengantaraan kredit.
01:02Mohd Siddiq berkata, perhatian pelabur akan beralih kepada pengumuman mengenai data keyakinan pengguna AS pada selasa.
01:10Sementara itu, naik Presiden Penyelidikan Ekwiti Rakuten Trade Sendiran Berhad, Tong Pak Leng berkata,
01:16pasaran dijangka terus diniagakan mendata dan pada masa sama menyerap kenaikan sebelum ini.
01:22Beliau berkata, aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah utama dijangka berterusan dalam masa terdekat.
01:29Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 13.29 mata kepada 1,752.83 daripada 1,739.54 pada
01:42minggu sebelumnya.
01:43Jumlah dagangan mingguan susut kepada 5.88 bilion unit bernilai 6.53 bilion ringgit daripada 12.87 bilion unit bernilai
01:5513.70 bilion ringgit minggu sebelumnya.
01:59Jumlah dagangan pasaran utama merosot kepada 3.76 bilion unit bernilai 6.09 bilion ringgit daripada 7.12 bilion unit
02:10bernilai 12.5 bilion ringgit sebelumnya.
02:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended