00:00Orang ramai digalakkan membawa bekas makanan atau beg guna semula ketika berbelanja termasuk di Bazar Ramadan bagi menyokong pelaksanaan larangan
00:09penggunaan beg plastik sekali guna di Perak bermula 1 Mac ini.
00:13Pengurusi Jatatan Kuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandria Nghi Ying kata ia sebagai langkah persediaan sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan
00:23September ini.
00:27Jelasnya larangan penggunaan plastik sekali guna berkuatkuasa mulai Mac namun penguatkuasaan sepenuhnya hanya akan dilaksanakan selepas tamat tempuh peralihan selama
00:356 bulan.
00:35Ujannya lagi tindakan kompaun tidak dikenakan dalam tempuh 6 bulan itu bagi memberi ruang kepada orang ramai menyesuaikan diri serta
00:42membudayakan amalan mesra alam dalam kehidupan seharian.
00:45Larangan sepenuhnya penggunaan beg plastik sekali guna di seluruh Perak yang sepatutnya mulai 1 Januari lepas ditangguhkan ke 1 Mac
00:53ini bagi memberikan masa yang mencukupi kepada rakyat untuk membuat persediaan.
00:57Ujannya berkata tindakan penguatkuasaan dikecualikan terhadap penjaja kecil di beberapa lokasi seperti Pasar Basah, Pasar Malam serta Permis Makanan.
01:05Beliau berkata pendekatan pendidikan dan kesedaran juga akan dipergiat melalui kampen hebahan, program komuniti serta kerjasama berbagai pihak.
01:13Dalam perkembangan lain katanya sebanyak 24 lokasi Bazar Ramadan dengan 1,394 petak telah dilesinkan di bawah bidang kuasa Majlis
01:20Bandar Raya Ipoh.
01:22Beliau berkata 80 anggota MBI akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan syarat-syarat pelesinan dan kebersihan gerai di bawah Undang-Undang
01:29Kerja Penjaja dan Gerai 2020, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Comments