Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
MCMC menyiasat individu yang memuat naik kandungan menghina dan mengancam institusi diraja Terengganu. Telefon bimbit disita dan siasatan dibuat bawah Seksyen 233, dengan penguatkuasaan tegas terhadap penyalahgunaan platform digital.
Transcript
00:00Suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia, MCMC sedang menyiasat seorang individu yang dipercayai membuat naik kandungan bersifat mengancam, menghina dan
00:10jelik melampau terhadap kerabat diraja Terengganu menerusi akaun peribadinya di PlatformX.
00:15MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan kandungan itu didapati menyentuh sensitiviti institusi diraja dan mengandungi unsur penghinaan serta ancaman yang berpotensi
00:25mencetuskan kebencian, ketegangan awam dan gangguan terhadap ketenteraan negara.
00:32Ujarnya, bagi membantu siasatan, individu berkenaan telah dipanggil untuk sesi rakaman percakapan yang dijalankan di Balai Polis Lancang pada Sabtu.
00:42Menurut MCMC, seunit telefon bimbit berserta kad SIM telah disita bagi tujuan analisis forensik digital.
00:51Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara 2 tahun atau denda
01:01RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:05Kenyataan itu memaklumkan bahawa MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial yang mengandungi unsur ancaman, hasutan kebencian atau
01:17penghinaan terhadap institusi diraja.
01:20Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan platform digital yang menyebarkan kandungan yang menyalahi undang-undang.
01:27Tindakan penguatkuasaan akan diambil secara tegas dan profesional selaras dengan undang-undang sedia ada tanpa mengira latar belakang mana-mana
01:36pihak.
01:38Tindakan penguatkuasaan akan diambil secara tegas.
Comments

Recommended