Skip to playerSkip to main content
Bekas jaguh badminton paralimpik nafi jual 30 koleksi Mercedes-Benz kerana desakan hidup

Bekas jaguh badminton paralimpik negara menafikan niat melepaskan 30 koleksi Mercedes-Benz yang dikumpul sejak 1995 disebabkan desakan hidup, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, Jasmi Md Tegol, 58, berkata, beliau menjual kereta tersebut kerana kesihatannya mula merosot akibat terjatuh di bilik air yang kini menyukarkan pergerakan dan kudratnya untuk menguruskan kenderaan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768877/edisi/melaka-ns/bekas-jaguh-badminton-paralimpik-nafi-jual-30-koleksi-mercedes-benz-kerana-desakan-hidup

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Hobi #Mercedes #Melaka #JasmiMdTegol
Transcript
00:00Bekas jagoh badminton paralimpik negara menafikan niat melepaskan 30 koleksi Mercedes-Benz yang dikumpul sejak 1995 disebabkan desakan hidup.
00:11Guru Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Lubuk, Cina, Jasmi Mat Tegol, 58 tahun berkata,
00:17beliau menjual kereta tersebut kerana kesihatannya mula merosot akibat terjatuh di bilik air yang kini menyukarkan bergerakan dan kudratnya untuk
00:26menguruskan kenderaan berkenaan.
00:27Beliau mengalami masalah polio pada kaki kanan yang dikesan sejak usianya setahun setengah namun keadaan fizikalnya itu tidak menghalang bapa
00:36kepada 12 anak tersebut untuk mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa.
00:41Berkongsi lanjut, beliau memaklumkan pernah memiliki 38 kereta namun 7 daripadanya telah dijual.
00:48Terbaharu, dua lagi kereta sudah mempunyai pembeli dan seorang daripadanya merupakan seorang ketua pegawai eksekutif, CEO yang memilih untuk membeli
00:57kereta lama berusia 37 tahun model Mercedes-Benz W126
01:02kerana mempunyai nilai sentimental selain nombor pendaftaran yang menarik PBT16.
01:08Kereta itu dibeli secara terpakai pada harga RM18,000 dan kini dijual pada harga RM34,500.
01:16Manakala sebuah lagi kereta Mercedes-Benz W210 E320 dijual kepada seorang kontraktor dari Melaka dengan harga RM10,500.
01:26Selepas tular berita beliau ingin melepaskan koleksi kereta, timbul kekeliruan di media sosial apabila ada yang beranggapan beliau mahu memberikan
01:36kereta kesayangan itu secara percuma.
01:38Saya jual kereta ini bukan sebab impitan hidup sebenarnya, sebab dah tak ada kudat lagi untuk membelai kereta-kereta lama
01:48ini.
01:48Jadi selepaskan kepada individu-individu yang berminat dan mampu untuk meneruskan legasi kecemelangan Mercedes Klasik ini lah.
01:58Jadi kepada masyarakat di luar yang menyaksikan video ini harap jangan salah faham.
02:06ingin melepaskan itu maksudnya ingin melepaskan kepada orang yang betul-betul mampu dan berminat membelai jentera klasik yang telah berusia.
Comments

Recommended