Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Amirudin Shari menegaskan pendidikan penting membentuk jati diri dan menangani cabaran sosial. Beliau menyaksikan pertukaran MoU antara Yayasan Selangor dan beberapa institusi bagi memastikan pendidikan selari keperluan pasaran serta teknologi.
Transcript
00:00Selangor terus menekankan kepentingan dalam sektor pendidikan bermula di peringkat awal sehingga kependidikan tinggi dalam usaha membentuk jati diri dengan
00:10nilai kehidupan dan kemanusiaan.
00:13Menurut Menteri Besar, Dato' Sri Amiruddin Syari, sektor pendidikan memainkan peranan penting bagi membolehkan golongan muda mendepani cabaran sosial yang
00:23kini di luar batas kemanusiaan seperti kejadian bunuh ahli keluarga sejak kebelakangan ini.
00:30Katanya dunia pendidikan amat penting untuk meletakkan keseimbangan di antara keinginan diri sendiri dan meneruskan keterhubungan dengan dunia luar.
00:40Jika tidak tegasnya, masyarakat masa depan akan mendepani cabaran yang besar.
00:45Jelasnya fungsi pendidikan sangat penting di saat orang boleh mendapat informasi kerana informasi yang banyak belum tentu membijakkan.
00:53Beliau berkata demikian pada program berbuka puasa Dato' Menteri Besar Selangor bersama Guru dan Komuniti Pendidik Negeri Selangor 2026 di
01:01Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 malam tadi.
01:04Sempena majlis itu, beliau turut menyaksikan pertukaran dokumen nota perasa fahaman antara Yayasan Selangor dengan Timber Education, DHS Hospitality Academy,
01:15ATC College, Talim Sendirian Berhad dan TPIS Al-Mutahidah
01:20dengan visi memastikan pendidikan sedia ada sejajar dengan keperluan pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa.
01:29Amirudin berkata, selangor tegas dalam menjadikan pendidikan sebagai kunci untuk terus kekal berjaya memandangkan sumber manusia adalah tonggak utama negeri.
Comments

Recommended