00:00Seterusnya, Ukraine tidak akan menjadi penghalang kepada keamanan berkekalan dengan negara jiran Rusia.
00:06Kenyataan tersebut disuarakan Presiden Volodymyr Zelensky dalam ucapan video beliau,
00:11sambil menyatakan kesediaan untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi menamatkan peperangan.
00:33Sementara itu, Zelensky memaklumkan bakal mengadakan beberapa lagi pertemuan dengan rakan-rakan Eropah pada minggu hadapan
00:41berhubung usaha menghentikan peperangan dengan Rusia.
00:45Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pegawai Ukraine kini bekerjasama dengan sekutu di Asia Barat dan Turki
00:51bagi mendapatkan bantuan tambahan.
00:54Dalam hantaran videonya, beliau turut berharap pakej Sekatan Baharu Kesatuan Eropah EU
01:00akan memberi tekanan sebenar terhadap Rusia dan benar-benar menghadkan kemampuan Moskow dalam meneruskan perang tersebut.
Comments