Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Indonesia meminta jaminan bahawa kemudahan tarif sifar peratus kekal berkuat kuasa selepas AS memperkenalkan tarif global 15 peratus. Jakarta kini berunding dengan USTR bagi memastikan perjanjian tarif timbal balas tidak terjejas.
Transcript
00:00Sementara itu, Indonesia memohon jaminan bahawa konsesi tarif sifar peratus yang diperoleh menerusi perjanjian perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat
00:08akan kekal berkuat kuasa selepas Washington memperkenalkan tarif global sementara sebanyak 15% susulan keputusan Mahkamah Agung pada Jumaat.
00:17Menurut Menteri Penyelaras Hal Ewal Ekonomi, Herlangga Hatatung, Jakarta telah memulakan rundingan dengan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat bagi mendapatkan
00:26penjelasan mengenai bagaimana langkah terbaharu Washington itu akan berinteraksi dengan perjanjian perdagangan tarif timbal balas yang dimeterai sebelum ini.
00:37Di bawah perjanjian itu, Amerika bersetuju mengekalkan kadar tarif 19% ke atas ekspor Indonesia manakala produk terpilih diberikan layanan
00:47tarif sifar peratus.
00:49Elangga berkata, barangan yang diberikan tarif sifar peratus termasuk komoditi pertanian seperti kopi dan koko serta produk berkaitan rantaian bekalan
00:59elektronik, minyak sawit mentah, CPO, tekstil dan kasut.
01:04Beliau menjelaskan perjanjian tarif timbal balas itu akan berkuat kuasa 60 hari selepas ditanda tangani.
01:12Dalam tempoh itu, kedua-dua negara perlu melengkapkan rundingan dengan institusi masing-masing.
01:18Bagi barangan Amerika Syarikat yang memasuki Indonesia, beliau berkata aturan tarif sedia ada termasuk tarif sifar peratus ke atas gandum
01:27dan kadar dikurangkan bagi kacang soya kekal tidak berubah sementara menunggu pelaksanaan perjanjian itu.
01:35Laporan media menyebut Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan akan mengenakan tarif baru sebanyak 10% ke atas negara di
01:43seluruh dunia di bawah kuasa baru selepas Mahkamah Agong membatalkan kempen cukai import globalnya.
01:49Bagaimanapun, Trump kemudian mengumumkan kadar itu akan dinaikkan kepada 15% iaitu paras maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang.
01:59Sementara itu, Setiausaha Kabinet Indonesia, Teddy Indra Wijaya berkata, Indonesia bersedia menghadapi segala kemungkinan dan kerajaan telah menjangka pelbagai senario.
02:11Terima kasih telah menonton!
02:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended