Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kenaikan kadar tarif global sementara ke atas barangan import kepada 15 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan tarif sebelumnya di bawah undang‑undang kecemasan ekonomi. Keputusan itu turut menerima respons antarabangsa termasuk amaran Jerman mengenai risiko ketidaktentuan ekonomi global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Donald Trump pada Sabtu mengumumkan bahawa beliau akan menaikkan kadar tarif global sementara ke atas barangan import daripada 10
00:09ke 15%.
00:10Kenaikan itu adalah susulan keputusan Mahkamah Agong AS yang menolak tarif sebelumnya yang dikenakan Trump di bawah Undang-Undang Kecemasan
00:19Ekonomi.
00:23Menerusi hantaran di laman trus sosialnya, beliau mengumumkan bahawa kadar itu akan dinaikkan kepada jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah
00:31sebuah Undang-Undang Perdagangan yang tidak pernah digunakan sebelum ini.
00:36Undang-Undang tersebut membenarkan tarif baru ini kekal selama kira-kira 5 bulan sebelum pentadbiran perlu mendapatkan kelulusan Kongres.
00:44Tarif 10% itu dijadwalkan berkuatkuasa pada hari Selasa, 24 Februari.
00:50Tidak jelas sama ada kadar 15% yang lebih tinggi itu juga akan dikuatkuasakan pada tarikh yang sama.
00:56Kadar cukai baru 15% itu satu penyelesaian sementara di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 menimbulkan persoalan bagi negara
01:07seperti UK dan Australia yang sebelum ini bersetuju dengan perjanjian tarif 10% dengan Amerika.
01:13Trump berkata pentadbiran yang membuat keputusan untuk menaikkan levy itu selepas meneliti keputusan Mahkamah Agong.
01:21Dalam keputusan 63, para hakim Mahkamah Agong mendapati bahawa Presiden telah melampaui kuasanya apabila beliau memperkenalkan tarif global besar-besaran
01:30tahun lalu menggunakan Undang-Undang tahun 1977 yang dikenali sebagai Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa, IEEPA.
01:39Menurut data kerajaan terkini, Amerika Syarikat telah mengutip sekurang-kurangnya $130 bilion dalam tarif menggunakan IEEPA.
01:49Triunjukkan USDA
Comments

Recommended