Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengecam pembunuhan seorang remaja Palestin-Amerika berusia 19 tahun di Tebing Barat oleh peneroka Israel. Beliau menggesa siasatan menyeluruh dan telus serta tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab. Tiga lagi rakyat Palestin turut cedera dalam insiden itu.
Transcript
00:00Siti Saragong, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres, mengecam tindakan ketenteraan Israel membunuh seorang remaja berusia 19 tahun warga
00:08Palestine Amerika di Tebing Barat pada Jumaat.
00:12Tentangan tersebut disampaikan oleh Juru Cakap PBB, Estefan Dujarik, yang turut menggesa agar satu siasatan yang teliti dan telus dijalankan
00:20bagi menapas di punca sekaligus dapat mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
00:28Menurut laporan dikeluarkan Anadolu Agensi, kenyataan itu dikeluarkan susulan insiden sehari sebelumnya apabila Nasrallah Abu Siam ditembak dan dipukul dalam
00:39serangan oleh sekumpulan peneroka Israel di kampung Mukmas, Tebing Barat.
00:44Dalam insiden sama, tiga rakyat Palestine turut dilaporkan cedera selepas ditembak peneroka haram Israel.
00:51Sehubungan itu, Guterres turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
00:57Dalam pada itu, Guterres turut menggesa Israel mengambil langkah konkret bagi menghentikan keganasan peneroka terhadap penduduk Palestine selaras dengan tanggungjawabnya
01:07sebagai kuasa pendudukan.
01:09Selain itu, Dujarik memaklumkan minggu lepas, Pasukan Keselamatan Israel bertindak membunuh tiga lagi rakyat Palestine menjadikan jumlah korban sejak awal
01:182026 meningkat kepada sembilan orang termasuk dua kanak-kanak.
01:23Operasi ketenteraan Israel di Tebing Barat termasuk Baitul Maqdis Timur terus dipertingkat sejak serangan ketenteraan ke atas Gaza bermula pada
01:328 Oktober 2023.
01:34Penduduk Palestine melihat peningkatan pembunuhan, penahanan, pemindahan paksa serta peluasan penempatan sebagai langkah ke arah pengilhakan rasmi wilayah itu.
01:44Pada Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ dalam pendapat undang-undang bersejarah memutuskan pendudukan Israel di wilayah Palestine adalah tidak
01:55sah dan menggesa semua penempatan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis Timur dikosongkan.
Comments

Recommended