00:00Perjanjian perdagangan timbal balas ART antara Malaysia dan AS menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
00:15Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang bakal bersara Edgar D. Kagan berkata Amerika Syarikat telah melabur banyak di Malaysia walaupun tanpa perjanjian perdagangan rasmi ART seterusnya telah memperkukuh komitmen politik dan ekonomi antara kedua-dua negara.
00:45Menurut beliau perjanjian ART itu bakal membuka pasaran kepada usahawan Malaysia untuk meneroka pasaran ekspor bernilai hampir RM24 bilion di Amerika Syarikat.
01:15Untuk rekod Malaysia mengekspor produk E&E, semikonduktor dan pelbagai peralatan perubatan bernilai RM233 bilion.
01:24Ujar Kagan lagi, perjanjian ART juga bakal mengukuhkan lagi hubungan perdagangan kedua-dua negara yang mencatatkan pertumbuhan memberansangkan pada tahun 2025.
01:34Kagan yang bakal menamatkan khidmatnya di Malaysia minggu hadapan berkata demikian dalam sidang media di Pinang Institute dalam lawatan kerja beliau ke Pulau Pinang pada Jumaat.
02:02Terdahulu beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Konyo, sebelum menghadiri sesi perbincangan mengenai hubungan ekonomi dua hala AS.
02:12Sarikat Malaysia
02:13Terima kasih kerana menonton!
02:15Terima kasih kerana menonton!
Comments