00:00TikTok didakwa melanggar peraturan kandungan dalam talian kesatuan Eropah EU pada Jumaat.
00:06Ini selepas pengawal selia blog itu menegaskan ciri-ciri aplikasi berkenaan bersifat ketagihan
00:11dan memberi amaran bahawa syarikat itu boleh berdepan denda sehingga 6% daripada hasil global pemiliknya ByteDance jika gagal membuat perubahan.
00:21Pertuduhan suruhan jaya Eropah tertumpu kepada reka bentuk TikTok yang didakwa menggalakkan ketagihan
00:27termasuk ciri scroll tanpa henti, main automatik, notifikasi tolak serta sistem cadangan kandungan yang sangat diperibadikan.
00:35TikTok yang kejayaannya banyak bergantung kepada algoritma berasaskan minat pengguna mengecam telakan tersebut dan menyifatkan dawaan itu sebagai tidak berasas.
00:45Langkah pengawal kosaan itu dibuat selepas siasatan selama setahun di bawah Akta Perkhidmatan Digital, DSA
00:50yang mewajibkan platform dalam talian besar mengambil lebih tanggungjawab, menangani kandungan haram dan berbahaya.
00:57Pengawal selia EU mendakwa TikTok tidak menilai dengan secukupnya bagaimana ciri-ciri aplikasinya
01:02boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan mental pengguna, khususnya kanak-kanak serta golongan rentan.
01:09Suruhan jaya turut menduduh TikTok mengabaikan petunjuk penting penggunaan komparsif
01:13termasuk tempoh masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak di aplikasi itu pada waktu malam
01:18dan kekerapan pengguna membuka aplikasi berkenaan.
01:21EU menegaskan TikTok gagal melaksanakan langkah yang munasabah dan berkesan
01:26seperti alat kawalan masa skrin dan kawalan ibu bapa
01:29serta perlu mengubah reka bentuk asas aplikasinya.
01:33Ketua Teknologi EU, Hannah Wilkonen berkata,
01:36TikTok dijangka mengambil tindakan dan mengubah reka bentuk perkhidmatannya di Eropah
01:40bagi melindungi kanak-kanak bawah umur.
01:43Suruhan jaya mencadangkan agar TikTok melumpuhkan ciri skrol tanpa henti
01:47secara berperingkat memperkenalkan rehat masa skrin yang berkesan
01:51termasuk pada waktu malam serta menyesuaikan sistem cadangan kandungannya.
01:56Wilkonen terus memaklumkan bahawa siasatan terhadap platform lain sedang berjalan dengan baik
02:00dan keputusan dijangka dalam beberapa minggu dan bulan akan datang.
02:04Tindakan terhadap TikTok dibuat ketika beberapa negara Eropah
02:07termasuk Perancis dan Spanyol selain India
02:09mempertimbangkan larangan akses media sosial kepada remaja.
02:13Pada Desember lalu, Australia menjadi negara pertama di dunia
02:17yang menyekat kanak-kanak bawah 16 tahun
02:19daripada menggunakan platform seperti TikTok, YouTube, Instagram dan Facebook.
02:24TikTok diberi peluang untuk meneliti dokumen suruhan jaya
02:27dan mengemukakan jawapan bertulis sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.
02:31Terima kasih telah menonton!
Comments