Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap sebuah kren jenis ‘spider lift’ yang dikendalikannya dalam satu insiden di Jalan Perak, di ibu negara, malam tadi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas dihempap sebuah kren jenis spider lift yang dikenalikannya dalam satu insiden di Jalan Perak, Kuala Lumpur malam tadi.
00:09Ketua Jabatan Siasatan dan Penggerasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur, SCP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata,
00:15dalam kejadian pada 10.40 malam itu, mangsa lelaki yang berusia 32 tahun sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan papan tanda bangunan di bahu jalan.
00:24Siasatan awam mendapati kren yang dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh itu dipercaya terlanggar tebing kaki lima sebelum hilang imbangan lalu terbalik.
00:36Kren berkenaan kemudiannya menghempap mangsa dan dua kenderaan yang berada berhampiran iaitu sebuah Proton Persona dan sebuah BMW.
00:43Mohd Zamzuri berkata, pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang keceteraan,
00:50manakala pengendali kren terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:53Katanya polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti syarikat pemilik kren kontraktor yang terlibat
01:00serta menyemak permit kebenaran kerja daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di BKL
01:05dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup CCTV di lokasi kejadian.
01:10Kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian
01:18diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-207-19999
01:27atau mana-mana balai polis berhampiran.
Comments

Recommended