Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh manakala lebih 170 lagi cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di pintu masuk sebuah masjid Syiah sebelum meletupkan bom diri di ibu negara Pakistan, semalam, dalam serangan paling dahsyat di Islamabad sejak lebih sedekad lalu.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh, manakala lebih 170 lagi cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di pintu masuk sebuah masjid syiah sebelum meletupkan bom diri di ibu negara Pakistan pada Jumaat.
00:15Menurut pihak berkuasa, letupan berlaku selepas pengawal keselamatan mencabar suspek ketika dia cuba memasuki perkarangan Khadijah Tul Qubra, Imam Bargah di pinggir bandar raya itu.
00:26Menteri Pertahanan Pakistan, Khadijah Asif berkata mengembang meletupkan dirinya di barisan terakhir jemaah dan mendakwa suspek mempunyai rekod perjalanan ke Afganistan serta menuduh India menaja serangan itu namun tanpa mengemukakan bukti.
00:40Kementerian Luar India mengecam serangan tersebut dan menolak dawaan Pakistan sebagai tidak berasas menjifatkan Islamabad sepatutnya menangani masalah itu secara sendiri.
00:50Serangan besar terakhir di Islamabad berlaku pada 11 November lalu apabila 12 orang terbunuh dalam pengeboman bunuh diri yang didakwa dilakukan oleh seorang warga Afganistan.
01:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended