Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali.
Transcript
00:00Seorang penjual lembu dihadapkan ke Mahkamah Magistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan membunuh seorang guru sekolah rendah minggu lepas.
00:08Pertuduhan terhadap Datu Muhammad Effendi, Datu Muhammad Saleh, 33 tahun, dibacakan dihadapan Magistret Sarah Banu Muhammad Ashruf Raja.
00:18Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:23Lelaki yang telah berkahwin itu didakwa membunuh Nurul Huda Mahalidin, 44 tahun, di persiaran pekeliling Seksyen 3 Bandar Baru Bangi antara 11 malam 29 Januari hingga 3.32 pagi 30 Januari 2026.
00:39Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali sekiranya tidak dihukum gantung jika sambit kesalahan.
00:54Timbalan Pedakwa Raya Siti Nur Alia Safri memohon tarikh sebutan untuk serahan laporan kimia dan benda siasat yang tidak dibantah Peguam Aravin Raj serta Serena Paul yang mewakili tertuduh.
01:05Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 2 April.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended