00:00Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulayl bertitah kerajaan negeri Perlis diharap terus istighamah dalam memperkasa penghayatan Al-Quran sebagai teras pembinaan umat demi melahirkan umat Islam berjati diri dan berteraskan nilai Rabbani.
00:15Tuanku Syed Sirajuddin bertitah Al-Quran terpelihara keasliannya hingga hari kiamat dan menjadi teras pembinaan insan Rabbani bestari yang berpaksikan kebenaran mutlak.
00:25Bagi nebertitah, mukjizat tauhid melalui surah Al-Ikhlas menegaskan keagungan Allah SWT sebagai asas pembentukan peribadi Rabbani.
00:35Selain itu, Al-Quran juga merupakan perlembagaan agung yang bersifat sejagat membimbing umat mengurus kehidupan dan mentadbir masyarakat dengan adil, berintegriti serta berhikmah.
00:45Bagi nebertitah semasa berkenan merasmikan majlis penutup dan pengurnaan hadiah tilawah dan hafazal Al-Quran 26 peringkat negeri Perlis di Dewa Warisan di Kangar pada Khamis.
00:57Tuanku Syed Sirajuddin bertitah mujizat sains dan alam dalam Al-Quran juga membuktikan Islam menjunjung kecemelangan ilmu, mengilhamkan manusia agar berfikir, mengkaji dan mentadbir alam mengikut syarihan Allah.
01:09Oleh demikian, baginda menyeru orang ramai menjadikan majlis itu sebagai titik tolak untuk membudayakan interaksi dengan Al-Quran secara istiqamah, khususnya dalam menyambut Ramadan yang bakal tiba melalui pemantapan bacaan dan tadabur.
01:22Pada majlis itu, Muhammad Anas Abdul Hadi dan Nur Syafirah Yusof masing-masing diumumkan sebagai Johan Khawri dan Khawriah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, sijil, plak, hadiah iringan serta kurniaan daripada Raja Perlis serta Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauzia Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.
01:42Raja Perlis berkenan mengurniakan hadiah untuk pemenang.
Comments