00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bullah Syah
00:04menzahirkan perkenaan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Syah
00:07dijenamakan sebagai Universiti Al-Quran
00:10sekaligus menjadikannya Universiti Al-Quran pertama di negara ini.
00:14Al-Sultan Abdullah bertitah usaha memartabatkan agama Islam di Pahang
00:18terus diperkukuhkan melalui institusi Al-Quran
00:20dengan perubahan Universiti berteraskan pengajian Al-Quran sebagai teras utama.
00:25Saya juga minta usaha memartabatkan agama ini juga diteruskan
00:32melalui pengukuhan Al-Quran di negeri ini dengan mengwujud dan
00:36Universiti Al-Quran yang pertama di negara ini
00:41yang telah dinyatakan oleh Dato' Sri tadi.
00:45Dalam hal ini saya berkenan agar Universiti Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Syah
00:51diperkenalkan insyaAllah dengan nama baru
00:54dan penjenamaan ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat
01:00dan insyaAllah saya akan umumkan bila sampai masanya.
01:05Baginda bertitah demikian semasa berangkat merasmikan penutup tilawah dan hafazan Al-Quran
01:11peringkat Pahang kali ke-69 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Syah di Kuantan pada Khamis.
01:18Baginda bertitah penjenamaan semula tersebut bukan sekadar perubahan nama
01:22sebaliknya menjadi simbol hala tuju yang jelas dalam menjadikan Al-Quran
01:26sebagai mercu tanda pembangunan ilmu dan rohani negeri.
01:30Dalam pada itu Baginda menzahirkan harapan supaya Universiti Al-Quran yang bakal disempurnakan penyistiharannya
01:36dapat mengalirkan kefahaman Al-Quran ke segenap penjuru
01:39selain melahirkan ilmuwan, pendakwah dan pemimpin yang menjadikan wahyu sebagai pedoman.
01:44Menjelang Ramadan, Baginda turut menyeru rakyat di negeri Pahang membuat persiapan rapi
01:49dalam menyambutnya dengan penuh keinsafan, kesungguhan dan ketundukan kepada Allah SWT.
01:56Sultan Pahang bertitah Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga
01:59sebaliknya merupakan madrasah jiwa, bedan tarbiah rohani serta musim
02:04untuk memperkukuh hubungan hamba dengan pencipta.
02:07Pada majlis itu Johan Khari disandang oleh Zul Hashimi Muhammad Yunus
02:11manakala kategori karya dimenangi Nurul Saadah Muhammad Zaini.
Comments