00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan 3 rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Ceding di Banting awal pagi Jumaat.
00:11Menurut penolong pengarah Jabatan Benda Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Ahmad Muklis Mokta, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.
00:25Katanya kebakaran melibatkan 3 unit rumah jenis kelas B berkeluasan kiri-kiri 15 x 70 kaki persegi setiap satu dengan tahap kemusnahan mencecah 90% bagi setiap unit.
00:38Maklumat awal yang diterima memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalam salah sebuah rumah menyebabkan operasi pemadaman dan penyelamat dilaksanakan segera oleh anggota bomba.
00:48Beliau berkata api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi namun pada jam 4.15 pagi mangsa ditemui di bilik utama dalam keadaan rentung.
00:58Operasi melibatkan balai bomba dan penyelamat BBP Teluk Pali Megarang sebagai balai utama dibantu BBP Banting dan BBP KLIA dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota.
01:08Sebanyak empat jentera dikerahkan ke lokasi termasuk satu jentera Fire Rescue Tender FRT, satu jentera Light Fire Rescue Tender LFRT, satu unit EMRS dan sebuah water tanker.
01:21Setakat ini punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
01:25Manakala operasi pemadaman diteruskan sehingga kebakaran dipastikan padam sepenuhnya.
01:30Terima kasih telah menonton!
Comments