00:00Jabatan Imigresen Malaysia, JIM menahan 152 penatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan dalam op selera dan op sapu di premis menjual makanan di sebuah pusat beli belah terkenal di Ceras malam tadi.
00:14Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Imigresen, Dato' Luqman Effendi Ramli berkata, dalam operasi lebih 2 jam, bermula 8 malam itu, 890 individu diperiksa melibatkan 458 warga asing dan 432 warga tempatan.
00:30Beli berkata, daripada jumlah itu, 82 lelaki dan 70 wanita berusia 21 hingga 42 tahun, antaranya dari Myanmar, China, Indonesia dan Bangladesh, ditahan atas kesalahan termasuk tiada dokumen perjalanan sah, melanggar syarat PAS, tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak ditiraf di bawah Akta Imigresen 1959-1963.
00:54Jabatan Imigresen menjalankan risikan selama seminggu di lokasi sebelum operasi dijalankan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran ramai warga asing yang bekerja di premis menjual makanan di pusat beli belah itu.
01:07Luqman Effendi berkata, operasi penguat kawasan itu melibatkan 112 pegawai dan anggota gym dan kesemua ditahan di bawah Kedipot Tahanan Imigresen KLIA untuk siasata lanjut.
01:17Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kira-kira 155,000 warga asing telah mendaftar di bawah program Repatriasi Imigren 2.0, RPM 2.0 setakat ini dan 138,000 daripadanya telah dihantar pulang ke negara asal secara sukarela.
01:33Beliau berkata, warga Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi mengikuti program itu diikuti warga Indonesia dan jumlah pendaftaran dijangka meningkat menjelang tarikh tutup pada April ini.
01:44Katanya hasil daripada denda kompaun yang dikenakan melalui program ini telah menyumbang lebih RM77 juta kepada negara.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments