00:00Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran buat masa ini dengan mengambil kira situasi keselamatan yang tidak menentu di negara berkenaan dan kawasan sekitarnya.
00:11Dalam nasihat media yang dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia yang kini berada di Iran supaya mempertimbangkan untuk membuat perancangan perjalanan yang sewajarnya melalui kemudahan komersial yang ada.
00:24Sementara itu, rakyat Malaysia yang memutuskan untuk terus kekal di Iran dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam berskala besar dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
00:36Untuk bantuan konsuler, rakyat Malaysia boleh menghubungi bahagian konsuler Kementerian semasa waktu pejabat.
00:43Kementerian juga boleh dihubungi selepas waktu pejabat melalui talian bantuan kecemasan.
00:48Wisma Putra memaklumkan bahawa Kementerian akan terus memantau situasi tersebut dengan teliti dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
00:57Terima kasih kerana menonton!
Comments