00:00Polis menahan dua beranak selepas dicaki terlibat kes menyamar anggota polis dan menyambun wang tunai berjumlah RM720 milik seorang lelaki warga Bangladesh di Melaka ahad lepas.
00:12Ketua Polis Daerah Melaka Tengah SCP Christopher Patit berkata bapa dan anak lelakinya masing-masing berusia 51 dan 25 tahun ditahan di kawasan perindustrian ringan Teluk Mas dan di sebuah pondok di kawasan Masjid Al-Alami di Air Keroh pada 1 dan 2 Februari lepas.
00:30Beliau berkata tangkapan berkenaan dilakukan oleh sepasukan berkawai dan anggota polis dari cawangan D9 bahagian siasatan jenayah ibu pejabat polis daerah IPD Melaka Tengah berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.
00:45Modus operandi suspek ialah menghampiri mangsa yang merupakan warga negara Bangladesh yang sedang mengayuh basikal sebelum mengarahkan mangsa berhenti dengan mendakwa mereka sebagai anggota polis.
00:55Suspek kemudian berpura-pura memeriksa beg sandang mangsa sebelum melarikan wang tunai yang disimpan dalam beg tersebut.
01:02Beliau berkata ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif dan suspek utama iaitu lelaki berusia 51 tahun mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan rogol, samun dan tipu.
01:12Manakala anaknya pula merekodkan satu rekod jenayah melibatkan kes menyamar sebagai polis dan samun.
01:18Christopher berkata dengan tertangkapnya dua suspek berkenaan, polis percaya telah berjaya menyelesaikan satu kes samun yang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 170 Kanun Kesiksaan.
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments