00:00Kira-kira 1,500 penduduk di sebuah perkampungan pergunungan di selatan Spanyol terpaksa dipindahkan selepas banjir melanda kawasan tersebut pada Kamis 5 Februari.
00:10Pasukan Guardia Civil Spanyol dilaporkan pergi dari rumah ke rumah di perkampungan Graza Lima bagi memindahkan penduduk sebagai langkah berjaga-jaga selepas limpahan air mengalir deras melalui jalan-jalan berbatu curam di pekan berkenaan.
00:25Penduduk dilihat meredah air banjir sambil membawa barangan pribadi ketika pihak polis dan perkhidmatan kecemasan mengosongkan keseluruhan kawasan itu.
00:34Mangsa dipindahkan ke pusat sukan dan rekreasi serta sebuah pusat jagaan warga emas yang dijadikan penempatan sementara di Bandar Ronda.
00:42Palang Merah bersama agensi kecemasan menyediakan ratusan katil bagi menempatkan mangsa sepanjang malam,
00:48manakala anggota tentera turut menghulurkan bantuan dengan menghantar bekalan makanan dan juga air.
00:53Graza Lima yang dikenali sebagai antara kawasan paling kerap menerima hujan di Spanyol,
00:59dilanda hujan lebat berterusan akibat ribut Leonardo,
01:03menyebabkan air meresap ke dalam dinding rumah dan sistem peparitan gagal menampung jumlah air yang tinggi.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments