Skip to playerSkip to main content
Seorang polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,500 bagi menyelesaikan kes berkaitan narkotik di George Town pada tiga tahun lalu.

S Yuvarajan, 33 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766865/berita/semasa/sarjan-tak-mengaku-terima-rm2500-untuk-selesai-kes-narkotik

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Rasuah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima rasuah sebanyak 2,500 rindit
00:06bagi menyelesaikan kes berkaitan narkotik di Georgetown pada 3 tahun lalu.
00:12S. Yuvarajan, 33 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Session Khas Rasuah Butterworth
00:20selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
00:22Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang ejen kepada PDRM iaitu Sarjan Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik II
00:31Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang tunai 2,500 ringgit
00:40daripada Ahmad Fuad Mohtar, 47 tahun.
00:44Wang itu sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh
00:49iaitu untuk menyelesaikan kes ujian saringan air kerencing Muhammad Fazli Mohtar, 42 tahun iaitu adik kepada Ahmad Fuad.
00:57Dia dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bangunan premis perniagaan di Sungai 2 Georgetown pada jam 7.45 malam 12 Julai 2023.
01:08Peguam mewakili tertuduh Hari Prasad memohon mahkamah memberi jaminan paling minimum
01:13berikutan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.
01:20Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditangguh sehingga 9 Mac untuk serahan dokumen.
Comments

Recommended