Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai jumlah stesen pengecas elektrik di Wilayah Utara, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kemudahan pengecas EV telah dibangunkan di 21 lokasi utama melibatkan 45 unit pengecas EV jenis DC yang dikendalikan oleh pelbagai Pengendali Titik Pengecasan (CPO) seperti TNB Electron, Gentari, Shell Recharge dan JomCharge.
Transcript
00:00Sebanyak 5,624 unit pengecas EV awam telah dipasang di seluruh negara bersamaan 56% daripada kesasaran keseluruhan.
00:10Menurut Menteri Pelaburan, Pedagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abul Ghani,
00:14daripada jumlah itu sebanyak 1,923 unit merupakan pengecas pantas arus terus DC,
00:20manakala 3,701 unit ialah pengecas arus ulang alik AC.
00:25Katanya pemasangan pengecas DC melebihi sasaran awal sebanyak 128% daripada sasaran 1,500 unit,
00:35manakala pengecas jenis AC mencatatkan 40% daripada sasaran 8,500 unit.
00:41Walaupun jumlah keseluruhan pengecas masih belum mencapai sasaran sebanyak 10,000 unit,
00:46pencapaian pengecas jenis DC yang melepasi sasaran mencerminkan keperluan untuk memberi fokus pada pemasangan kemudahan pengecasan EV awam.
00:55berbentuk pengecas pantas jenis DC.
00:58Beliau berkata demikian ketika menggolung perbahasan usul menjunjung kasih titah deraja bagi Kementerian di Dewa Rakyat pada Khamis.
01:05Johari berkata perkara tersebut selari dengan maklum balas industri yang menunjukkan bahawa ketersediaan pengecas pantas
01:11merupakan faktor utama yang mempengaruhi keyakinan pengguna untuk beralih kepada kenderaan elektrik.
01:17Pada masa sama, Beliau menegasukan bahawa kos pengecas kenderaan EV di rumah adalah jauh lebih murah berbanding kos pengecas pantas jenis DC.
01:26Justru selera secara jalan kerajaan, pemilik kenderaan elektrik digalakkan untuk memasang pengecas EV di kediaman masing-masing.
01:32Beliau berkata pembangunan infrastruktur pengecas EV akan terus diperkukuh secara mampan meskipun berdepan cabaran kos pemasangan yang tinggi,
01:40khususnya bagi pengecas DC yang dianggarkan berjumlah RM210,000.
01:45Proses pemasangan teruk melibatkan pelbagai pihak berkuasa dan agensi teknikal seperti pihak berkuasa tempatan,
01:51Suruhan Jaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad, TMB.
01:54Johari berkata keperluan penyelarasan teknikal, kelulusan tapak serta naik taraf kapasiti bekala elektrik menyebabkan tempoh kelulusan mengambil masa lebih panjang,
02:04khususnya bagi lokasi strategik dan kawasan berkeperluan tinggi.
Comments

Recommended