00:00Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pokok petai di sebuah kebun di kampung Bukit Hijau, Kupang, dekat Baling pada Kamis.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe, pihaknya menerima panggilan pada 12.22 tengah hari dengan lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran sebatang pokok petai di kebun berkenaan yang dimiliki bapa saudara mangsa.
00:28Katanya, Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
00:35Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh semasa mengait petai di situ.
00:43Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling untuk berdasarkan siasat.
Comments