Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merekodkan RM68 bilion pelaburan diluluskan dalam sembilan bulan pertama 2025, bersamaan 75 peratus daripada keseluruhan pelaburan Johor.
Transcript
00:00Zon ekonomi khas Johor, Singapura, JSSEZ mencatat momentum memberangsangkan dengan RM68 bilion pelaburan diluluskan dalam 9 bulan pertama 2025,
00:12mewakili 75% daripada keseluruhan pelaburan Johor bagi tempoh sama.
00:16Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata, prestasi itu mengukuhkan kedudukan JSSEZ sebagai enjin utama pelaburan bernilai tinggi,
00:25pengukuhan rantaian nilai rentas sempadan serta penciptaan pekerjaan berkualiti untuk rakyat Malaysia.
00:55Overall, this performance reinforces our confidence that the JSSEZ is becoming a key engine for high value investments,
01:07stronger cross-border value chains and better quality jobs for Malaysians.
01:15Menurut Akmal, pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JSSEZ dijangka diumumkan menjelang akhir Mac bagi memberi kejelasan kepada pelabur
01:27mengenai sektor keutamaan, pembangunan infrastruktur dan laluan pelaksanaan.
01:32Selain JSSEZ, kerajaan turut memperkukuhkan daya saing jangka panjang melalui pelaksanaan pelan induk perindustrian baharu 2030
01:41dan IMP 2030, strategi semikondukter nasional dan pelan halatuju peralihan tenaga negara.
01:49Sementara itu, Akmal berkata, FEM bukan sekadar forum perbincangan,
01:52sebaliknya berfungsi sebagai mekanisme pemantauan pelaksanaan dasar apabila sistem My Results Management
01:58kerangka rancangan Malaysia di bawah RMK13 membolehkan penilaian projek dibuat secara masa nyata
02:04dengan pemilikan jelas, garis masa, bajet dan petunjuk prestasi utama KPI.
02:11Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended