00:00Operasi pemadaman kebakaran di Hutan Simpan, Kuala Langat Selatan, Sungai Kelambu memasuki hari ketiga hari ini dengan 47 ekar kawasan berjaya dipadamkan, malangkala bagi 9 ekar masih terbakar.
00:14Menurut penolong pengarah Jabatan Bomber dan Penelamat Malaysia JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, kebakaran yang mula dikesan pada selasa lalu melibatkan keseluruhan kawasan seluas 56 ekar.
00:25Katanya kebakaran masih aktif dengan beberapa titik panas kecil namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran atau loji rawatan air LRA berdekatan.
00:35Operasi pemadaman melibatkan seramai 35 anggota termasuk 2 pegawai dan 10 anggota JBPM serta 23 anggota daripada agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor JPNS, Unit Pengurusan Bencana Negeri UPBN, Pejabat Daerah dan Tanah PDT Kuala Langat dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat MPKL.
00:57Beliau berkata pasukan operasi dibahagikan kepada tiga kumpulan dan JBPM turut menggunakan dua unit drone untuk pemantauan udara bagi mengenalpasti titik panas dan menilai keberkesanan operasi pemadaman.
01:11Jelasnya punca kebakaran masih dalam siasatan namun faktor cuaca kering dan berangin dipercayai menyumbang kepada penyebaran api.
01:18Terima kasih kerana menonton!
Comments