Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan strategi RESET sebagai kerangka strategik dan komprehensif untuk menangani inflasi perubatan dan kenaikan premium insurans swasta.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, strategi itu menekankan kepentingan penjagaan kesihatan berasaskan nilai dalam mengimbangi kemampuan pengguna dan kemampanan model pembiayaan.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM melaksanakan strategi riset sebagai kerangka komprehensif untuk menangani inflasi perubatan dan kenaikan premium insurans swasta.
00:11Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata strategi itu menekankan kepentingan penjagaan kesihatan berasaskan nilai dalam mengimbangi kemampuan pengguna dan kemampanan modal pembiayaan.
00:21Dr. Zulkifli menjelaskan strategi berkenaan ditakbir urus oleh jawatan kuasa bersama peringkat menteri mengenai kos penjagaan kesihatan swasta yang ditubuhkan pada 5 Jun tahun lalu.
00:34Katanya riset merangkumi 5 teras strategik termasuk menyusun semula insurans atau takaful perubatan dan kesihatan MHIT, meningkatkan ketelusan harga serta memperkukuh ekosistem kesihatan digital.
00:47Ia turut membabitkan perkembangan pilihan penjagaan kos efektif dan menyusun semula pembayaran penyedia perkhidmatan kesihatan.
00:54Dr. Zulkifli berkata antara inisiatif yang dirangka termasuk pembangunan mekanisme pembayaran berdasarkan kelompok berkaitan diagnosis di sektor swasta secara berfasa, pengenalan produk MHIT asas dan peningkatan ketelusan maklumat harga.
01:08Beliau menjawab soalan Ahli Parli Melangkawi, Datuk Muhammad Suhaimi Abdullah menerusi jawapan bertulis mengenai usaha KKM mengekang inflasi perubatan yang meningkat 15% pada tahun lalu mengakibatkan kenaikan premium insurans kesihatan.
Comments

Recommended