00:00Permintaan terhadap bon kerajaan Indonesia jatuh ke paras terendah lebih setahun selepas pasaran ekuiti mengalami kejatuhan susulan kebimbangan penyedia indeks MSCI mengenai keboleh laburan gara itu.
00:13Dalam lelongan pada selasa, kerajaan menjual bon bernilai RM36 triliun atau RM8.43 bilion, melebihi sasaran indikatif tetapi nisbah bidaan terhadap pasaran turun kepada 2.32, rekod terendah dalam setahun.
00:33Amaran MSCI mengenai ketelusan pegangan ekuiti minggu lalu menyebabkan saham merosot paling teruk sejak krisis kewangan Asia.
00:42Pelabur asing menjual bersih bon Indonesia sebanyak $202 juta minggu lalu sebelum pegawai kerajaan mengumumkan rancangan reformasi pasaran sekaligus menenangkan pasaran dan memulihkan aliran masuk bon.
00:57Bon Indonesia menghadapi tekanan akibat kebimbangan mengenai disiplin fiskal domestik, kejatuhan nilai rupiah dan kemerdekaan Bank Pusat, susulan pelantikan anak saudara Presiden Prabowo Subianto sebagai timbalan Gabiner.
01:12Hasil bon 10 tahun meningkat kira-kira 25 mata asas setakat tahun ini kepada sekitar 6.31%.
01:22Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudi Sadewa mempertahankan rekod ekonomi kerajaan dan menegaskan kerajaan akan mengekalkan peraturan mengehadkan defisit fiskal kepada maksimum 3% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK.
01:38Ekonomi Kanan DBS Bank Radhika Rao berkata jaminan Menteri Kewangan bahawa had defisit akan dikekalkan dan pengulangan pembahagian beban 2021 tidak mungkin dijangka membantu mengekang hasil bon.
Comments