Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Rang undang-undang itu diluluskan dengan tipis di Dewan Perwakilan selepas mendapat kelulusan Senat pada Jumaat.
Transcript
00:00Dan Presiden Donald Trump pada selasa menantangani pakej pembiayaan besar menamatkan penutupan sebahagian kerajaan yang bermula pada Sabtu lalu.
00:08Rang undang-undang itu meluluskan dengan tipis di Dewan Perwakilan selepas mendapat kelulusan Senat pada Jumaat.
00:16Pakej terbaharu ini akan membiayai pelbagai agensi persekutuan untuk baki tahun kewangan yang berakhir pada 30 September.
00:23Antara agensi tersebut ialah Jabatan Pertahanan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.
00:30Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pengangkutan dan Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar.
00:36Pembiayaan untuk Jabatan Keselamatan Dalam Negeri DHS yang asalnya termasuk dalam pakej pembiayaan omnibus telah dikeluarkan.
00:43Sebaliknya, jabatan tersebut akan menerima resolusi sambungan dua minggu pada tahap pembiayaan semasa membolehkan kedua-dua pihak dan White House meneruskan rundingan mengenai penguatkuasaan imigresen.
00:55Dua insiden temakan maut baru-baru ini oleh anggota penguatkuasaan persekutuan di Minneapolis telah mendorong Demokrat untuk melaksanakan perubahan terhadap cara agensi imigresen beroperasi.
01:06Pemimpin minoriti Senat berkata sehingga imigresen dan penguatkuasaan Kastam AIS dikawal dengan betul dan diperbaharui secara legislatif,
01:16rang undang-undang pembiayaan DHS tidak mempunyai undi untuk diluluskan di Senat.
Comments

Recommended