00:00Petronas Pada Rabu mengumumkan telah menandatangani perjanjian selama 20 tahun untuk membeli gas asli cair LNG daripada Katar Energi.
00:09Di bawah perjanjian tersebut, syarikat minyak dan gas negara itu akan membeli sehingga 2 juta tan LNG setahun.
00:16Bagaimanapun, butiran keuangan tidak didedahkan.
00:19Kenyataan itu menyebut Petronas berusaha meningkatkan inventori LNG ketika permintaan global terhadap bahan api yang lebih bersih semakin meningkat.
00:30Sejajar dengan usaha peralihan daripada aram batu dan minyak yang menghasilkan pelepasan karbon lebih tinggi dalam penjanaan tenaga dan pengangkutan.
00:39Permintaan tenaga di Malaysia juga meningkat didorong oleh pertumbuhan pusat data yang menggunakan tenaga tinggi serta projek kecerdasan buatan AI.
00:49Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, bekalan daripada Katar Energi melengkapkan penghantaran LNG daripada hab utama Petronas di Malaysia dan Kanada,
01:02di samping mempelbagaikan sumber bekalan dan meningkatkan nilai serta kecekapan operasi.
01:08Tahun lalu, Petronas menandatangani perjanjian selama 15 tahun dengan syarikat Australia, Woodside Energy,
01:15untuk mengimport 1 juta tan LNG setahun ke Malaysia bermula 2028.
Comments