00:00Assalamualaikum, selamat datang. Saya Zulfitri Yusuf bersama anda dalam pelatihan awal ni.
00:04Seramai 12 penyokong selangor FC didakwa di Mahkamah Magistret Kuala Terengganu kerana memiliki dan menyalahguna dadah.
00:11Pertuduhan dilakukan secara berasingan di hadapan Magistret Ifah Nabilah Muhammad Ishak dan Nur Mazrini Mahmud.
00:19Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Amirul Isham Anwar didakwa memiliki dadah berbahaya
00:24yang disyaki cannabis seberat 1.12 gram dan naimetazipam seberat 0.37 gram.
00:32Selain itu, tertuduh turut didakwa memasukkan dadah disyaki jenis THC ke dalam badannya.
00:38Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya ADB 1952,
00:44Seksyen 12 Kurungan 2 ADB 1952 dan Seksyen 15 Kurungan 1 Kurungan A ADB 1952 Pindaan 2002.
00:54Sementara itu, 5 lagi tertuduh turut berdepan pertuduhan sama iaitu memasukkan dadah berbahaya
00:59disyaki jenis THC dalam badan.
01:02Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 Kurungan 1 Kurungan A ADB 1952
01:08Pindaan 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 Kurungan 1 Akta yang sama
01:12dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B Kurungan 1 ADB 1952.
01:18Magistrat Ifah Nabiha Muhammad Isyak kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4, 5 dan 6 Februari depan
01:25bagi menunggu keputusan kimia.
01:27Sementara di Mahkamah Berasingan, 6 lagi tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,500
01:32oleh Magistrat Nur Mazrin Mahmud dan tarikh sebutan semula pada 30 April depan.
01:38Mengikut pertuduhan Muhammad Syafirul Hisham Hassan, Muhammad Syafiq Junaidi, Ahmad Nakiuddin Ahmad Nurzri,
01:45Ahmad Ziyad Zulkifi, Muhammad Afiq Haikal Gunawan telah memasukkan ke dalam badan dadah berbahaya disyaki jenis THC.
01:54Seorang lagi tertuduh Muhammad Ashraf Azli didakwa memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis metamfetamin ke dalam badan.
02:00Kesemua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 kurungan 1 kurungan A, ADB 1952,
02:07pindaan 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 kurungan 1, akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B kurungan 1, ADB 1952.
02:18Dalam pada itu, 9 lagi penyokong Selangor FC yang bertindak membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu
02:24hingga mengganggu ketentraman dan menimbulkan kegusaran, dilanjutkan tempoh reman sehari lagi.
02:30Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 186 Kanun Kesiksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
02:41Kesemua mereka sebelum ini telah direman selama 3 hari bermula Isnin.
Comments