00:00Sekurang-kurangnya 15 maut apabila sebuah kapal kargo yang membawa lebih 350 penumpang karam berhampiran sebuah pulau di selatan Filipina pada Senin.
00:11Menurut kenyataan rasmi pihak kuasa, 316 penumpang berjaya diselamatkan.
00:18Berdasarkan selesatan awal, kapal kargo MV Trisha Kerstin III dilaporkan sedang menuju pulau Jolo, Sulu dari pelabuhan Zambawaga dengan 332 penumpang dan 27 kru.
00:28Namun, di ketika perjalanan, kapal dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum karam pada tengah malam, kira-kira satu batu nautika dari kampung Baluk-Baluk di Pasilan.
00:39Seorang komender pegawal pantai yang bercakap kepada The Associated Press berkata, cuaca berada dalam keadaan baik ketika kejadian berlaku.
00:47Manakala kapal tersebut juga telah diperiksa sebelum berlepas dan tiada tanda ia membawa muatan berlebihan.
00:53Setakat ini, siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca kejadian itu berlaku.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments