00:01Beberapa buah negara daripada keseluruhan 25 negara telah mengurangkan tahap nasihat perjalanan travel advisory kepada rakyat masing-masing untuk ke Sabah daripada tahap 3 kepada tahap 2.
00:14Sekaligus mencerminkan peningkatan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di pantai timur Sabah.
00:22Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata perkembangan itu mencerminkan pemulihan keyakinan negara luar terhadap tahap keselamatan di kawasan berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan kes penculikan untuk wang tebusan.
00:37Satu ketika dulu Datuk Petua kejadian kidnap for ransom ataupun kejadian lanun-lanun yang begitu berluasa di kawasan perairan timur Sabah itu amat berluasa.
00:58Oleh sebab itu banyak negara-negara luar yang telahpun meletakkan travel advisory dengan izin iaitu nasihat perjalanan kepada rakyat masing-masing.
01:10Lebih kurang 25 buah negara yang telahpun mengeluarkan nasihat perjalanan tahap 3.
01:18Tahap 3 ini maknanya jangan pergilah.
01:19As good as not to travel to Sabah disebabkan oleh kidnap for ransom kerana keadaan yang amat berluasa.
01:29Tapi Alhamdulillah kerajaan Malaysia telahpun mengambil langkah untuk kita mengatasi keadaan ini.
01:37Mohd Hassan berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada ISNIN.
01:41Mohd menjawab soalan Datuk Verdin Bahanda, bebas kudat mengenai usaha kerajaan untuk menurunkan status nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah oleh negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
01:56Beliau berkata perkembangan itu turut memberi impak positif kepada sektor pelancongan di kawasan berkenaan dengan peningkatan kemasukan pelancong asing sehingga 18.9% khususnya dari Jepun dan Korea Selatan.
Comments